Assalamualaikum.
Saya, Rosmaini, menyediakan bekalan ikan segar dari pelantar( pusat pendaratan ikan laut ) sekitar wilayah utara tanah air beserta perkhidmatan penghantaran. Bagi bekalan ikan yang ditempah, harga yang ditawarkan kepada anda adalah berdasarkan harga pasaran ikan semasa. Antara jenis ikan yang tersedia dalam perkhidmatan ini adalah:
1) Ikan temenung
2) Ikan Kerisi
3) Sotong
Dalam usaha melicinkan operasi penyediaan dan penghantaran bekalan yang ditempah, saya hanya menyediakan khidmat penghantaran dua(2) hari sekali sahaja.
Cas perkhidmatan penghantaran bekalan ikan yang saya tawarkan kepada anda adalah tertakluk kepada jarak antara rumah/premis anda dengan pusat operasi perniagaan saya.
Untuk makluman semua, pusat operasi perniagaan saya pada ketika ini terletak di Pekan Changlun, Kedah. Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog saya ini.